Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Dan pasti akan berlakunya kiamat, sedangkan pada ketika itu dua orang
lelaki sedang tawar menawar pakaian, maka mereka tidak sempat melakukan
urusan jual beli dan tidak sempat melipatnya.
Dan pasti akan berlakunya kiamat, sedangkan pada ketika itu seorang lelaki telah memerah susu dari untanya, maka ia tidak sempat memakannya (meminumnya).
Dan pasti akan berlakunya kiamat, sedangkan pada ketika itu dia sedang
membaiki dan memperelokkan kolamnya, maka ia tidak sempat memberi minum
darinya.
Dan pasti akan berlakunya kiamat, sedangkan pada
ketika itu dia sedang mengangkat makanan ke mulutnya, maka ia tidak
sempat memakannya."
Kesimpulan :
Kiamat akan berlaku
secara mengejut (Tiba-tiba) tanpa disadari oleh manusia. Maka
bersegeralah bertaubat kepada Allah dan jangan menangguhkannyalagi
kerana Malaikat Israfil sudahpun bersedia semenjak dahulu lagi untuk
meniup angin sangkakala, hanya menunggu arahan daripada Allah S.W.T.
Semoga Kita Semua Sedang Dalam keadaan Beriman (Taubat) Ketika Kiamat Terjadi,,,
Aamiin
Ya ALLAH...
✔ Muliakanlah orang yang membaca status ini
✔ Entengkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Jauhkan dari segala Penyakit,Fitnah,Prasangka Keji,Berkata Kasar dan Mungkar.
✔ Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang
membaca dan membagikan status ini.
Aamiin ya Rabbal'alamin.
0 komentar:
Posting Komentar